Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lebih 40 pendaki terperangkap, diselamatkan

    ALOR SETAR, 16 OKT – Seramai 41 pendaki dan tiga malim gunung yang terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh dekat Langkawi akibat kejadian kepala air, pagi tadi telah berjaya diselamatkan.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah. Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata kesemua mangsa yang berumur antara 30 hingga 50 tahun itu telah dibawa turun dari kawasan air terjun oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi.

    “Kesemua mangsa dikatakan telah membuat pendakian ke Telaga Tujuh pada jaml 4 pagi dan tiba ke puncak pada jam 7:30 pagi. Mereka berehat selama 30 minit dan memulakan perjalanan turun selepas hujan lebat. Sampai di aliran sungai, mereka tidak dapat menyeberang sungai berkenaan akibat arus deras dan telah menghubungi bomba.

    Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:56 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Anggota bomba dan penyelamat membantu 44 pendaki yang terkandas selepas tidak dapat melintasi sungai akibat arus terlalu deras berikutan hujan lebat sejak awal pagi. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...