Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tanah Jerlus: Pemeriksaan di IWK Pantai Dalam diteruskan

    KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, hari ini meneruskan pencarian di loji kumbahan di Pantai Dalam, walaupun sebelum ini tidak membuahkan hasil.

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemeriksaan berterusan itu, dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

    “Pihak Indah Water Konsortium akan membuat pemecahan debris (sekatan) menggunakan jetter (mesin jet pembentung) di laluan lurang lokasi insiden ke lurang hilir dengan jarak 69 meter,” menurut kenyataan itu.

    Terdahulu, IWK telah melaksanakan kerja-kerja flushing di lurang lima lewat malam tadi sehingga 2 pagi tadi, namun tidak menemukan sebarang petunjuk.

    Kenyataan itu turut memaklumkan DBKL komited meneruskan pencarian wanita warga India yang kini memasuki hari keempat.

    Selain itu, kenyataan itu memaklumkan bagi memastikan kelancaran kerja pencarian yang dilakukan pasukan SAR, orang ramai dinasihatkan untuk memberi kerjasama dengan tidak berada berhampiran dengan lokasi kejadian. – Bernama

    Operasi SAR wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pada 26 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda