Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terus mainkan peranan masing-masing

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Orang ramai diseru untuk memainkan peranan masing-masing dalam menanamkan sikap tanggungjawab bagi sama-sama memastikan penularan COVID tidak lagi merebak.

    Saranan tersebut dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa memberi respons kepada soalan yang diajukan mengenai kebimbangan golongan terdedah selepas Akta Penyakit Berjangkit tidak lagi menjadi asas untuk pengasingan mandatori bagi kes positif COVID.

    Bagi golongan terdedah, mereka dinasihatkan untuk mengemas kini vaksin dan jika mengalami simptom dan sebagainya, supaya berjumpa doktor kerana bagi melihat sama ada mereka layak untuk mendapatkan pil anti viral bagi mengurangkan kesan jangkitan tersebut.

    Sementara itu, Yang Berhormat Dato turut menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan ke atas mereka yang datang ke hospital, klinik dan dalam kategori 4 dan 5.

    “Ini adalah untuk memantau di mana tahap jangkitan COVID pada masa ini, dan ketiadaan sidang media COVID tidak semestinya Kementerian Kesihatan tidak membuat pemantauan sewajarnya,” tambahnya.

    Yang Berhormat Dato turut menjawab persoalan yang ditimbulkan mengenai adakah perlu untuk pengendali makanan memakai pelitup muka.

    “Walaupun pemakaian pelitup muka tidak lagi dimestikan tapi adalah amat digalakkan untuk memakai dan jika merasakan kurang sihat supaya tidak datang bekerja bagi membuat penyediaan makanan,” tegasnya.

    Bagi golongan terdedah, mereka dinasihatkan untuk mengemas kini vaksin.- Gambar fail

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda