Saturday, September 14, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usah ikut emosi – Amelia Henderson

    Pengalaman dalam bidang komunikasi awam dimiliki aktres jelita, Amelia Henderson disifatkan sebagai dinding penghalang untuknya tidak tersasar ketika melontarkan pendapat ketika mengendalikan podcast.

    Sedar dengan lambakan kandungan dianggap segelintir pihak tidak wajar disiarkan di platform media sosial, pengendali saluran podcast popular, Studio Sembang itu bagaimanapun terbuka dengan pendapat dikemukakan setiap ‘podcaster’ di Malaysia.

    Amelia atau nama sebenar, Amelia Thripura Henderson, 29, berkata menjadi keperluan buatnya untuk bertindak dan mengambil serius dalam aspek penapisan kandungan sebelum ia dimuat naik ke platform media sosial.

    Langkah diambil Amelia itu juga dilihat menjadi sebab mengapa Studio Sembang mampu bertahan selama dua tahun dengan 90 episod sudah disiarkan tanpa menimbulkan sebarang isu atau kontroversi melampau sama ada membabitkan dirinya atau panel jemputan.

    Aktres kacukan India-Scotland itu berkata, dia lebih selesa untuk menapis kandungan sebelum diterbitkan disebabkan mempunyai pengalaman dalam industri hiburan sejak media sosial belum terbuka seperti hari ini.

    Amelia sering terbabit dalam bidang pengacaraan dan berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat kerana kelebihan fasih berbahasa Inggeris. – mStar

    “Apabila jadi hos, saya perlu kendalikan dengan cara tersendiri. Saya kena bawa topik perbincangan seperti dalam kehidupan sebenar.

    “Saya sangat faham bagaimana hendak kawal perbualan termasuk apa yang boleh atau tidak boleh didedahkan kepada umum.

    “Semasa dalam proses suntingan, saya akan pastikan ia sesuai dipaparkan atau tidak. Saya akan berbincang dengan pasukan dan tetamu jemputan mengenainya.

    “Saya akan tapis dahulu, daripada apa yang tetamu jemputan hendak tapis. Saya rasa sebagai insan yang bekerja di hadapan kamera, akan ada masa yang terlepas cakap kerana mengikut emosi,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda