Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zoo Adelaide sambut hari jadi dua panda

    ADELAIDE, AUSTRALIA, 25 OGOS – Zoo Adelaide di Australia Selatan (SA) telah mengadakan sambutan hari lahir selama dua hari hujung minggu ini untuk dua panda gergasi, yang masing-masing berusia 19 dan 18 tahun.
     
    Wang Wang dilahirkan pada 31 Oktober 2005 dan Fu Ni pada 23 Ogos 2006 di China. Kedua-duanya telah tinggal di Zoo Adelaide selama 15 tahun, sejak 2009. Zoo itu telah meraikan hari lahir Wang Wang dan Fu Ni setiap tahun sejak 2009.
     
    Dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan yang berakhir hari ini, orang ramai berkumpul untuk menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ dan menyaksikan Wang Wang menikmati mandian buih dengan wangian dan Fu Ni tertidur dengan tenang.
     
    “Wang Wang dan Fu Ni telah menjadi penarik utama bagi negeri kita,” kata Peter Malinauskas, Perdana Menteri Australia Selatan, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin.
     
    Elaine Bensted, ketua eksekutif Zoos SA, berkata kelmarin bahawa Zoo Adelaide sentiasa berbangga mempunyai Wang Wang dan Fu Ni, yang mempunyai tempat istimewa di hati ramai.
     
    Panda gergasi adalah spesies yang sangat menarik dan merupakan satu penghormatan untuk menjaganya, kata Bensted, sambil menambah bahawa kedatangan haiwan berkenaan bukan sahaja membawa lebih perhatian kepada Australia Selatan, tetapi juga untuk merangsang lagi semangat global untuk pemuliharaan panda itu.
     
    Zoo Adelaide ialah zoo kedua tertua di Australia. Kedua-dua panda itu, bintang zoo, menarik sejumlah besar pengunjung setiap tahun. – Xinhua
     
    Wang Wang dilihat di Zoo Adelaide, Adelaide, Australia pada 24 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda