Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 maut dalam tanah susur Etiopia

    ADDIS ABABA, 25 OGOS – Sepuluh orang terbunuh dalam kejadian tanah susur di wilayah Amhara, utara Etiopia, menurut media tempatan, yang merupakan bencana alam terbaharu yang melanda negara itu.

    Amhara Media Corporation (AMC) kelmarin melaporkan bahawa ‘10 orang telah meninggal dunia dalam bencana itu’, memetik pentadbir tempatan, Tesfaye Workneh yang berkata empat mayat telah dikeluarkan dari lumpur.

    Laporan berkenaan tidak menyatakan masa kejadian tanah susur itu yang berlaku kelmarin di zon Gondar Utara di wilayah Amhara, atau sama ada pencarian sedang dijalankan.

    Manakala, lapan orang yang lain cedera parah dalam kejadian itu dan sedang menerima rawatan, kata AMC, memetik pegawai tempatan.

    Sebanyak 2,400 orang telah ‘dipindahkan akibat bencana itu dan kini berlindung di institusi sosial tempatan’, tambahnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda