Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 kes varian ‘lama’ mpox setiap sebulan di Eropah – WHO

    GENEVA, 21 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan agar tidak timbul keadaan panik berikutan kes pertama varian mpox baru yang dikesan di Eropah, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge berkata kelmarin, virus itu telah beredar di rantau ini dalam varian lebih awal, dikenali sebagai clade II, sejak wabak terdahulu pada 2022. Menurut Kluge, kira-kira 100 kes varian ini berlaku setiap bulan di Eropah pada masa ini.

    “Mpox bukanlah COVID yang baharu,” kata Kluge dalam satu panggilan video dengan media di Geneva. “Kami tahu bagaimana mengawal mpox.”

    Beliau berkata wabak berkenaan berjaya dikawal di Eropah dua tahun lepas melalui kewaspadaan tinggi terhadap jangkitan baharu, vaksinasi, dan penglibatan langsung lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

    Namun, beliau berkata kehendak politik dan sumber masih lagi kurang untuk membasmi sepenuhnya mpox di Eropah. Beliau juga berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk berwaspada terhadap kes-kes baharu clade Ib yang dibawa dari Afrika serta untuk melawan clade II dengan berkesan.

    Berikutan kewujudan wabak mpox semasa di Afrika dan varian Ib yang berpotensi lebih berbahaya, WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa pada minggu lepas.

    Menurut pakar, clade Ib kelihatan lebih mudah menular berbanding varian terdahulu dan juga lebih berkemungkinan menyebabkan jangkitan teruk. Walau bagaimanapun, Kluge menekankan bahawa setakat ini hanya satu kes Ib yang dibawa ke Eropah iaitu di Sweden. – Bernama

    Sidang akhbar untuk memaklumkan tentang situasi mpox di Stockholm, Sweden pada 15 Ogos lalu. WHO menasihatkan agak jangan panik dengan varian mpox – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda