Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,007 peserta WARGAMAS sertai Majlis Khatam Al-Quran 78 kali

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Seramai 1,007 orang peserta daripada Pertubuhan WARGAMAS (PW) di seluruh negara telah menyertai Mjalis Khatam Al-Quran 78 kali Khatam sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Masjid Az-Zakireen, Rancangan Perumahan Negara Meragang, hari ini.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Hakim Syar’ie, Yang Berhormat/ Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.
     
    Di majlis itu, Yang Di-Pertua PW dan Pengerusi Majlis Khatam Al-Quran (MKAQ), Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don dalam ucapan alu-aluannya, antara lain menjelaskan, majlis sedemikian adalah tahun keenam dianjurkan oleh PW sejak tahun 2019.
     
    “Majlis ini diadakan adalah sebagai memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah dan bagi merafakkan tanda taat setia sebagai rakyat Baginda,” tambahnya.
     
    Selain itu beliau turut mengongsikan, penyertaan Rancangan Khatam Al-Quran (RKAQ) dan MKAQ tahun ini menggunakan kaedah pembacaan RKAQ dan MKAQ yang menghendaki peserta untuk membaca 30 juzuk Al-Quran dan ada yang membaca secara berkumpulan mengikut halaqah yang ditetapkan iaitu sebanyak 61 halaqah.
     
    Inisiatif yang tinggi, gigih dan mula serta melaksanakan kerja berpasukan secara ‘lutanan’ yang dibuat oleh PW dengan kerjasama kumpulan warga emas di seluruh negara telah mengorak langkah yang berwawasan untuk membaca Al-Quran dan menghadiahkan sebagai pesambah istimewa ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia setiap tahun.
     
    “Di samping itu, sempena dengan bulan Rabiulawal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW untuk sama-sama berselawat bagi memohon doa agar mendapat syafaat di akhirat nanti,” jelasnya. 
     
    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan bacaan doa dan surah Ad-Duha hingga Surah An-Nas diketuai oleh Haji Ali Hassan bin Haji Ahmad; Haji Shahbirin bin Haji Mohd Noor; dan Haji Mohd Hussin bin Haji Mohd Salleh; dan bilal masjid berkenaan; Mohd Ali Ilmam bin Sujono, sementara bacaan Takhtim oleh Warganita Pertubuhan WARGAMAS. 
     
    Bacaan Doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh Haji Alihassan bin Haji Ahmad dan majlis diserikan dengan Dikir Marhaban oleh Wargawira PW.
     
    Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim semasa menyertai majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara warga emas yang menyertai majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda