Thursday, May 2, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    108 pesara KKBS diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KKBS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Seramai 108 pesara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya kelmarin telah menerima sijil penghargaan bagi tahun 2021-2022 yang diadakan di Ruang Legar VIP Lounge, Kompleks Sukan Jerudong.

    Hadir menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Majlis diisikan dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta memohon perlindungan daripada wabak COVID diikuti dengan ucapan pengerusi majlis yang juga Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan KKBS, Awang Amirul Shukri bin Haji Hafneh, seterusnya penyampaian sijil perkhidmatan dan penghargaan kepada para pesara yang diraikan.

    Ia turut dihadiri oleh setiausaha-setiausaha tetap, pengarah-pengarah bahagian dan jabatan, para pegawai dan kakitangan KKBS.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pesara KKBS.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai pada majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...