Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 sekeluarga maut dalam tanah susur di Pakistan

    ISLAMABAD, 30 OGOS – Dua belas orang terbunuh apabila tanah susur melanda sebuah rumah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan pada pagi hari ini, kata pasukan penyelamat.

    Kejadian tersebut berlaku di daerah Upper Dir di mana hujan monsun lebat telah turun sejak beberapa hari lalu, menurut kenyataan Rescue 1122, organisasi penyelamat yang dikendalikan oleh kerajaan.

    Mangsa yang terkorban, termasuk tiga wanita, enam kanak-kanak dan tiga lelaki, adalah ahli keluarga yang sama yang sedang tidur di dalam rumah ketika musibah tersebut melanda, tambah kenyataan itu. Kesemua mayat telah ditemui dalam runtuhan, dan kerja-kerja penyelamatan masih dijalankan bagi membersihkan kawasan itu daripada serpihan tanah susur.

    Beberapa bahagian daripada Pakistan ketika ini menghadapi hujan lebat, yang menyebabkan banjir kilat, banjir di kawasan bandar dan tanah susur. – Xinhua

    Penunggang motosikal meredah jalan yang ditenggelami air di Hyderabad, wilayah Sindh pada 29 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda