Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    137 pelajar JIS capai kecemerlangan penilaian ICAS

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JIS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Seramai 137 orang pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) mencapai keputusan cemerlang dalam Penilaian ICAS 2022 dengan menerima sijil Merit, Kredit, Cemerlang dan Cemerlang Tertinggi.

    Dibangunkan untuk pelajar peringkat rendah dan menengah, ICAS menilai kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang diperlukan untuk berjaya dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Penulisan, Ejaan dan Teknologi Digital.

    Setiap tahun, ribuan sekolah telah mengambil bahagian dalam ICAS yang melibatkan lebih 20 buah negara, yang menjadi penanda aras antarabangsa bagi pencapaian pelajar.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan menyatakan pihak JIS amat percaya pada pilihan di mana para ibu bapa mampu memilih sama ada mahu anak-anak mereka mengambil peperiksaan berkenaan dari University of New South Wales, Australia.

    “Kami amat berbesar hati mendengar kejayaan luar biasa yang dicapai oleh para pelajar yang telah berjaya dipilih untuk mengambil peperiksaan ini,” ujarnya.

    Penilaian tersebut melibatkan para pelajar Tahun 3 hingga Tahun 13 bagi menguji keupayaan akademik mereka dalam bidang Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Penulisan, Kemahiran Komputer dan Ejaan.

    Sehubungan itu, seramai 65 pelajar dari JIS menyertai pertandingan Matematik tahun ini.

    Felicia Dhanushayanthy Chinniah, Muaaz Ahmad, Haziq Sabrin, Jaehyuk Yoo, Richard Zou, Lemuel Dhanushayanthy Chinniah, Mithya Mannapperuma dan Yahya Husain Ul Hasan telah mendapat Cemerlang Tertinggi. Selain itu, empat orang pelajar mencapai Cemerlang, 17 Kredit, tujuh Merit dan 29 orang pula menerima sijil penyertaan.

    Sementara itu, bagi kategori Sains, 23 orang pelajar pula telah mengambil bahagian di mana sembilan orang pelajar terdiri daripada Rafiq Sabrin, Alfie Brown, Han Hu, Muezz Amiruddin, Jaehyuk Yoo, Matthias Fang, Lemuel Dhanushan Chinniah, Mithya Mannapperuma dan Yahya Husain Ul Hasan telah mendapat Cemerlang Tertinggi. Tiga orang pelajar turut mencapai Cemerlang, 15 Kredit, tiga Merit dan 18 orang lagi menerima sijil penyertaan.

    Manakala, dalam kategori Teknologi Digital, 12 orang pelajar mengambil bahagian dengan pencapaian seramai enam orang pelajar terdiri daripada Felicia Dhanushayanthy Chinniah, Alfie Brown, Ella Henderson, Rishan Das, Richard Zou dan Lemuel Dhanushan Chinniah telah mendapat Cemerlang Tertinggi. Di samping itu, tujuh orang pelajar mencapai Kredit, seorang pelajar menerima Merit dan 10 yang lain menerima sijil penyertaan.

    Nicholas Sheehan bergambar bersama para pelajar peringkat menengah yang menerima anugerah.
    Para pelajar peringkat rendah yang menerima anugerah bergambar ramai di JIS.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...