Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    FIFA tubuh badan perundingan baharu urus ejen bola sepak

    FRANKFURT, 7 FEB – Badan induk bola sepak FIFA kelmarin menubuhkan kumpulan kerja untuk ejen bola sepak yang akan berperanan sebagai badan perundingan tetap berhubung urusan ejen sukan berkenaan.

    Persekutuan bola sepak itu baru-baru ini meluluskan peraturan baharu yang bertujuan untuk mewujudkan sistem perpindahan bola sepak yang lebih adil dan telus termasuk sistem pelesenan mandatori, larangan berbilang perwakilan untuk mengelak konflik kepentingan dan mengenakan had yuran ejen, lapor agensi akhbar Jerman, dpa.

    Kumpulan kerja ejen yang terdiri 18 wakil dari seluruh dunia itu merupakan inisiatif utama yang akan membolehkan meneruskan dialog membina dengan organisasi ejen di seluruh dunia mengenai pelaksanaan rangka kerja baharu dan sebarang perubahan yang berpotensi pada masa hadapan, kata ketua undang-undang FIFA, Emilio Garcia Silvero. – Bernama

    Persekutuan bola sepak itu baru-baru ini meluluskan peraturan baharu untuk mewujudkan sistem perpindahan bola sepak yang lebih adil dan telus.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...