Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 hilang dalam kemalangan bot di sempadan Myanmar-Laos

    YANGON, 4 SEPT – Sekurang-kurangnya 20 orang hilang dan dikhuatiri maut selepas kemalangan bot di sungai Mekong di kawasan ‘Segitiga Emas’ antara Laos, Myanmar dan Thailand, kata pegawai kepada AFP hari ini.

    Insiden itu berlaku lewat Isnin semasa ‘arus deras’ di sungai yang memisahkan tiga negara tersebut, kata Manop Senakul, ketua polis di wilayah Chiang Rai utara Thailand, kepada AFP.

    “Sekurang-kurangnya 20 orang hilang,” katanya, sambil menambah bahawa 16 warga Myanmar yang lain telah diselamatkan.

    Media Myanmar melaporkan bahawa bot tersebut telah membawa orang ke Myanmar dari Laos apabila ia mengalami masalah selepas enjinnya gagal berfungsi.

    Video yang dimuat naik ke media sosial dan disahkan oleh AFP menunjukkan orang ramai di tepi sungai Laos menarik mangsa keluar dari air yang mengalir deras.

    Kebanyakan yang hilang adalah dari kawasan separa autonomi Wa di timur Myanmar, Nyi Rang, kata jurucakap Tentera Negara Wa Bersatu (UWSA), kepada AFP.

    “Butiran lanjut masih belum diketahui kerana kami sedang menyiasat kejadian ini dengan kerjasama pihak berkuasa Laos,” katanya.

    Beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengapa mereka yang datang dari wilayah Wa mengembara di sungai tersebut tetapi kejadian itu berlaku berhampiran Zon Ekonomi Khas (SEZ) Segi Tiga Emas di Laos. – AFP

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda