Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 pasukan berentap rebut Piala Dirgahayu

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Sebanyak 24 buah pasukan bola sepak veteran termasuk 11 pasukan dari negara jiran, Sabah dan Sarawak bersaing bagi merebut Piala Dirgahayu yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

    Hadir bagi melancarkan Kejohanan Bola Sepak Veteran di Kompleks Sukan Berakas itu ialah pengerusi kejohanan, Awang Matali bin Haji Tahir.

    Kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Kesatuan Pemuda Pemudi Kampung Sungai Kedayan (KBSPPKSK) dan Syarikat Litmus Management Services akan diadakan di tiga tempat iaitu Padang Kompleks Sukan Berakas, Padang Kompleks Sukan Menglait dan Padang Kompleks Sukan Sungai Asam.

    Juara kejohanan tersebut akan membawa pulang hadiah sebanyak $7,000 manakala hadiah naib juara pula akan membawa pulang hadiah sebanyak $2,000, sementara hadiah berjumlah $1,000 untuk pemenang tempat ketiga.

    KBSPPKSK juga secara serentak menganjurkan Kejohanan Junior Piala Dirgahayu bagi pemain bawah 12 tahun (B12) yang akan disertai oleh 14 buah pasukan bermula esok.

    Pasukan KBSPPKSK bergambar ramai semasa kejohanan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Awang Matali semasa melancarkan kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda