Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    282 juta penduduk dunia alami kelaparan akut

    PARIS, 24 APRIL – Krisis makanan bertambah buruk di seluruh dunia pada 2023, dengan kira-kira 282 juta orang mengalami kelaparan akut akibat konflik, khususnya di Gaza dan Sudan, kata agensi dan kumpulan pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

    Peristiwa cuaca ekstrem dan kejutan ekonomi turut menambah kepada jumlah mereka yang menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk, yang meningkat 24 juta orang berbanding 2022, menurut laporan global terkini mengenai krisis makanan daripada Rangkaian Maklumat Keselamatan Makanan (FSIN).

    Laporan itu, yang menggelar prospek global ‘suram’ untuk tahun ini, dikeluarkan untuk pakatan antarabangsa yang menghimpunkan agensi PBB, Kesatuan Eropah dan badan kerajaan dan bukan kerajaan.

    Tahun 2023 merupakan tahun kelima berturut-turut peningkatan bilangan orang yang mengalami masalah kekurangan makanan.

    Sebahagian besar peningkatan tahun lepas disebabkan liputan laporan geografi yang diperluaskan, serta keadaan yang semakin teruk di 12 buah negara.

    Lebih banyak kawasan geografi mengalami ‘kejutan baharu atau besar’ manakala terdapat ‘kemerosotan yang ketara dalam konteks krisis makanan utama seperti Sudan dan Semenanjung Gaza,’ beritahu timbalan pengarah pejabat kecemasan dalam Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Fleur Wouterse, kepada AFP.

    Kira-kira 700,000 orang, termasuk 600,000 di Gaza, berada di ambang kebuluran tahun lalu, angka yang sejak itu meningkat lebih tinggi kepada 1.1 juta di wilayah Palestin yang dilanda perang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...