Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pelajar JIS kutip dana $10,000 untuk SMARTER Brunei

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Sumbangan berjumlah $10,000 hasil kutipan semasa Junior School Fundraising Week di Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pada awal tahun ini telah disampaikan kepada Pusat SMARTER Brunei, baru-baru ini.

    Cek sumbangan berkenaan telah diserahkan oleh ahli-ahli Junior School Council JIS pada majlis yang berlangsung di pusat berkenaan di Kampung Mata-Mata, menurut kenyataan yang dikeluarkan JIS.

    Naib Pengetua dan Ketua Sekolah Rendah JIS, Paul Bannister dipetik menyatakan bahawa kerja keras dan dedikasi yang ditunjukkan oleh golongan pelajar semasa Junior School Fundraising Week amat mengagumkan dan memberikan inspirasi.

    “Kami amat berbangga dengan kanak-kanak sekolah rendah, ibu bapa dan guru untuk mengumpul dana ini dan kami berharap bagi melihat bagaimana sumber pembelajaran yang kami sediakan membuat perubahan kepada kanak-kanak yang menerimanya,” ujarnya.

    Menurut JIS, sepanjang minggu pengumpulan dana berkenaan, pelajar-pelajar sekolah peringkat rendah telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk Dollar for a Job, di mana golongan pelajar menyimpan buku kecil untuk menjejaki kegiatan yang mereka lakukan untuk membantu di sekitar rumah.

    Aktiviti-aktiviti Coin Drop, Bake Sale dan Launch a Teddy turut menjadi penyeri sepanjang acara tersebut.

    Pada hari terakhir, para pelajar turut berpeluang menyertai aktiviti Dress Up Day di mana mereka hadir ke sekolah berpakaian pijama, dengan setiap pelajar yang mengambil bahagian menderma $2 untuk dana amal itu.

    Dana yang diperoleh di JIS oleh Junior School Council itu akan secara eksklusif menyokong sektor sekolah rendah Pusat SMARTER Bunei yang membolehkan mereka membeli lebih banyak sumber, menyediakan pembiayaan untuk penyelenggaraan dan menyokong program penajaan.

    Ahli-ahli Junior School Council JIS menyerahkan cek berjumlah $10,000 kepada SMARTER Brunei, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JIS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...