Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 maut selepas bot dinaiki terbalik di Sungai Congo

    KINSHASA, 31 JULAI – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh apabila sebuah bot terbalik pada petang Ahad di Sungai Congo berhampiran Kindu di ibu kota wilayah Maniema, Republik Demokratik Congo (DRC).

    Xinhua yang memetik media tempatan pada Selasa melaporkan, kejadian melibatkan bot dengan nama ‘ABC-BONOBO’ yang membawa kira-kira 50 penumpang dan punca nahas masih tidak dapat dipastikan.

    Gabenor wilayah Maniema, Mussa Kabwankubi kelmarin mengumumkan wilayah itu berkabung selama tiga hari dan menyatakan tekadnya untuk menjelaskan tragedi itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda