Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    40 terkorban dalam banjir, tanah runtuh di India

    NEW DELHI, 21 OGOS – Kira-kira 40 orang terkorban manakala yang lain hilang dalam banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan monsun lebat di utara India sejak tiga hari lalu, kata pegawai hari ini.

    Hujan membanjiri ratusan kampung, menghanyutkan rumah diperbuat daripada lumpur, membanjiri jalan raya dan memusnahkan jambatan di beberapa bahagian Himachal Pradesh dan negeri Uttarakhand.

    Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat hingga sangat lebat akan berterusan di wilayah itu selama dua hari akan datang.

    Siaran akhbar kerajaan hari ini berkata tanah runtuh dan banjir di negeri Himalaya, Himachal Pradesh sejak tiga hari lepas mengorbankan sekitar 36 orang.

    Beratus-ratus penduduk berteduh di kem-kem bantuan selepas berpindah dari rumah mereka yang dibanjiri.

    Di negeri Uttarakhand, turunan hujan lebat kelmarin menyebabkan empat maut dan 13 hilang ketika sungai melimpah tebingnya dan menghanyutkan beberapa buah rumah.

    Pasukan penyelamat sedang memindahkan mangsa yang terkandas di kedua-dua negeri. – AP

    Seorang lelaki menarik botnya di kawasan dilanda banjir ketika air sungai Ganga dan Yamuna kekal di paras tinggi pada 21 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...