Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Konvoi ke Temburong promosi Mercedes-AMG

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Sempena promosi model Mercedes-AMG yang sedang berjalan sehingga penghujung bulan ini, Jati Transport Sdn Bhd telah mengadakan konvoi ke Daerah Temburong, pagi tadi.

    Aktiviti konvoi bermula di Bilik Pameran Autohaus di Beribi di mana pelanggan AMG yang dijemput menyertai konvoi itu disajikan dengan sarapan secara percuma dan mendengarkan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh salah seorang kakitangan Bilik Pameran Autohaus sebelum membuat perjalanan.

    Pengurus Jualan Jati Transport Sdn Bhd, Ho Ley Hoon hadir untuk menyempurnakan pelepasan konvoi.

    Menurut beliau, aktiviti berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemilik model barisan AMG yang sedia ada dan baharu.

    Antara aktiviti yang diadakan sepanjang konvoi berkenaan adalah bergambar ramai di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Temburong dan pulang balik ke bilik pameran untuk sesi makan tengah hari secara percuma dengan sajian daripada The Coffee Bean & Tea Leaf dan Excapade Sushi.

    Ho Ley Hoon menyempurnakan pelepasan konvoi ke Daerah Temburong yang bermula di Bilik Pameran Autohaus, Beribi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...