Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    400 keluarga Afghanistan terima bantuan dari China

    ZARANJ, AFGHANISTAN, 24 MAC – Pihak berkuasa Afghanistan mengagihkan bantuan kemanusiaan yang disumbangkan oleh China kepada 400 keluarga di wilayah Nimroz barat kelmarin, kata Pengarah wilayah bagi hal ehwal pelarian dan penghantaran pulang, Mawlawi Sediqullah Nasrtat.

    “Kami mengagihkan bantuan kemanusiaan sumbangan China kepada 400 keluarga miskin di sini, di ibu kota wilayah bandar Zaranj petang semalam dan setiap keluarga menerima satu beg berisi 50 kilogram (kg) beras dan 50 kilogram gandum,” kata Nasrat kepada Xinhua.

    Bantuan itu diagihkan di hadapan Menteri Pelarian dan Hal Ehwal Penghantaran Pulang Khalil Rahman Haqqani, kata pegawai itu.

    China telah menyediakan bahan makanan kepada hampir 1,800 keluarga di Nimroz dan wilayah jiran Herat sejak dua bulan lalu, kata pegawai. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -