Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 chef RBC cemerlang dalam Piala Kulinari Antarabangsa

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Lima chef dari Royal Brunei Culinary (RBC) telah mewakili Negara Brunei Darussalam di Piala Kulinari Antarabangsa (TICC) ke-28 yang berlangsung di Thailand pada 21 Ogos hingga 24 Ogos lalu.

    Pertandingan seni kulinari terbesar negara berkenaan diadakan sempena Food & Hotel Thailand 2024 di Queen Sirikit National Convention Centre, Bangkok.

    Antara chef yang menyertai pertandingan berkenaan.

    Kumpulan chef RBC yang menyertai pertandingan berkenaan ialah Awang Muhamad Hasdi bin Rahman, Dayang Samliwati binti Haji Damit, Awang Mohamad Faizal bin Mohamad, Dayang Erra Diyana binti Abdulahchek dan Awang Ahmad bin Haji Mangsor.

    Dalam kategori Duck Main Course (individu), Awang Muhammad Hasdi telah mendapat pingat perak dan Dayang Erra Diyana telah mendapat pingat gangsa. Sementara dalam kategori pasukan, chef RBC iaitu Awang Mohamad Faizal, Dayang Samliwati dan Awang Ahmad telah mendapat tempat kedua dalam cabaran Thailand Best Chef Table yang mengetengahkan kemahiran kulinari di serata tiga hidangan iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

    Semasa memenangi tempat kedua dalam cabaraban Thailand Best Chef Table.

    RBC meraikan pencapaian cemerlang chef berkenaan dan berharap untuk terus meningkatkan nama Negara Brunei Darussalam di pentas kulinari global.

    Gambar ramai para chef bersama pingat yang dimenangi. – GAMBAR SERAHAN RBC

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda