Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    98 individu disiasat berkaitan pinjaman wang haram

    SINGAPURA, 5 SEPT – Polis Singapura menyiasat 98 suspek berkaitan kes peminjaman wang tanpa lesen selepas operasi penguatkuasaan dijalankan dari 19 hingga 23 Ogos, menurut kenyataan terkini pihak polis.

    Siasatan awal menunjukkan sembilan suspek melakukan gangguan di kediaman penghutang, 43 orang membantu peminjam wang tidak berlesen dengan melakukan pemindahan ATM dan baki 46 membantu peminjam wang haram membuka akaun bank, lapor Xinhua.

    Siasatan terhadap suspek, berusia dalam lingkungan 13 hingga 76 tahun, sedang dijalankan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda