Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron-Wooi Yik sedia main lebih perlawanan di Olimpik Paris

    KUALA LUMPUR, 14 JULAI – Pemain beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia bersedia dengan kebarangkalian sekiranya beliau dan pasangannya Soh Wooi Yik terpaksa bermain lebih satu perlawanan di peringkat kumpulan temasya Olimpik Paris 2024.

    Bekas juara dunia itu berkata sekiranya undian tidak memihak kepada mereka, beliau dan Wooi Yik tetap akan memberi aksi terbaik dalam misi memburu pingat emas pertama Malaysia di temasya berprestij itu.

    “Kalau boleh memang tak nak diundi dalam kumpulan yang ada lima pasangan. Sebab itu akan kacau sikitlah sebab kita kena main empat perlawanan sebelum pergi ke suku akhir.

    “Tapi keputusan dah dibuat dan kenyataan dah dikeluarkan oleh BWF dan IOC sudah buat keputusan. Tapi kita sudah buat persediaan untuk pertandingan nanti,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Paris hari ini.

    Terdahulu, undian bagi acara beregu lelaki tidak dijalankan pada Jumaat lalu apabila BWF memaklumkan bahawa ia akan diadakan pada satu tarikh yang bakal ditentukan kelak susulan perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

    Bagaimanapun, undian untuk acara perseorangan lelaki, wanita, beregu wanita dan campuran diadakan seperti biasa. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda