Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Adidas kurangkan ramalan di tengah kelembapan ekonomi global

    BERLIN, 21 OKT – Syarikat pakaian sukan ternama di Jerman, Adidas kelmarin mengurangkan unjuran pendapatan 2022, menyalahkan jualan yang lemah di China dan kelembapan ekonomi di pasaran Barat.

    Pendapatan bersih kini dijangka sekitar 500 juta euro (AS$490 juta), merosot daripada 1.3 bilion yang diramalkan pada Ogos, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

    Hasil kini dijangka berkembang pada “kadar pertengahan satu digit” pada 2022, berbanding “kadar pertengahan hingga tinggi satu digit”, kata Adidas.

    Ramalan yang lembap itu “mengambil kira kemerosotan aliran trafik di Greater China”, katanya, memetik “sekatan berkaitan COVID-19 yang berterusan”.

    Kumpulan itu juga berkata ia mengalami “permintaan pengguna yang lebih rendah dalam pasaran utama Barat sejak awal September”, berlatarkan kelembapan ekonomi yang berkaitan dengan inflasi.

    Adidas telah bergelut selama beberapa bulan dengan langkah ketat kawalan COVID-19 China, yang telah menghalang aktivitinya setelah menjadi pasaran utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Jualan di negara tersebut merosot pada “kadar dua digit yang kukuh” dalam suku ketiga, menurut keputusan awal yang diterbitkan kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...