Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Roslyn terbentuk di luar pantai Mexico

    MEXICO CITY, 21 OKT – Ribut Tropika Roslyn terbentuk kelmarin di luar pantai Pasifik selatan Mexico, dan peramal menjangkakan ia akan menjadi taufan yang kuat dan menjejaskan suatu tempat di antara pusat peranginan Puerto Vallarta dan Mazatlan pada hujung minggu.

    Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata petang kelmarin, kelajuan angin Roslyn kira-kira 45 kilometer sejam (kmsj) dan berpusat kira-kira 245 batu selatan-tenggara pelabuhan Manzanillo.

    Ribut tersebut bergerak ke barat pada kelajuan 7 kmsj, tetapi keadaan atmosfera berkemungkinan mendorong Roslyn ke arah utara dalam beberapa hari kemudian. Mexico mengeluarkan amaran ribut tropika dari pelabuhan Manzanillo ke Cabo Corrientes.

    Roslyn mungkin membawa angin setinggi 100 kmsj apabila ia menghampiri daratan.

    Suruhanjaya Air Kebangsaan Mexico berkata hujan dari Roslyn boleh mengakibatkan tanah runtuh dan banjir. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...