Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agensi Jung Gun Joo nafi khabar angin hubungan cinta

    Agensi pelakon Jung Gun Joo, Saram Entertainment, baru-baru ini menafikan khabar angin yang tersebar mengenai hubungan cinta antara pelakon itu dengan seorang YouTuber, Nam Seo Yeon.

    Memetik kenyataan yang dikongsi di laman Soompi, spekulasi mengenai hubungan tersebut mula timbul selepas pengguna media sosial mengesan persamaan dalam gambar yang dimuat naik oleh kedua-duanya, termasuk gambar hidangan dan lokasi yang sama, serta mereka dilihat mengenakan pakaian hoodie yang serupa.

    Bagaimanapun, Saram Entertainment dalam kenyataannya menegaskan bahawa kedua-dua mereka hanyalah kenalan rapat dan menolak sebarang spekulasi mengenai hubungan romantik antara mereka.

    Jung Gun Joo, yang lahir pada tahun 1995, memulakan kerjayanya pada 2017 menerusi video muzik DAY6 bertajuk I Like You.

    Beliau semakin dikenali selepas membintangi drama Extraordinary You, dan telah meluaskan portfolio kerjayanya dengan pelbagai drama popular lain seperti Oh My Baby, True Beauty dan Bitter Sweet Hell.

    Nam Seo Yeon, dilahirkan pada tahun 2003, merupakan seorang YouTuber yang kini mempunyai lebih 550,000 pengikut. – Agensi

    Gun Joo (kiri) dan Seo Yeon dikaitkan dengan khabar angin percintaan setelah memuat naik gambar yang serupa di media sosial. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda