Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Air radioaktif bocor dilaporkan di loji nuklear Fukushima

    TOKYO, 14 OGOS – Kira-kira 25 tan air radioaktif telah bocor di dalam Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi yang rosak, lapor pengendali loji itu, seminggu selepas pusingan terbaharu pelepasan lautan bermula.

    Air dicemari nuklear berkenaan, yang bocor dari tangki tambahan yang disambungkan ke Unit 2 bangunan reaktor, sepatutnya dibendung dalam tangki yang menerima limpahan daripada kolam bahan api nuklear yang telah digunakan, menurut Tokyo Electric Power Company (TEPCO).

    Terkumpul di tingkat bawah tanah pertama bangunan reaktor itu, air bocor membawa kepada peningkatan paras air tercemar yang sedia ada di kawasan itu, menurut TEPCO kelmarin, mengesahkan bahawa air tercemar tidak keluar di luar bangunan reaktor itu.

    Kebocoran itu mula dikenal pasti pada Jumaat lalu, apabila penurunan paras air tangki tambahan dikesan, kata TEPCO, di mana siasatan lanjut mendapati air mengalir ke dalam longkang di bilik tingkat tiga bangunan reaktor itu.

    Syarikat itu merancang untuk menggunakan robot yang dikendalikan dari jauh untuk mengukur tahap radiasi di bilik itu pada Jumaat ini dan seterusnya menentukan lokasi dan punca kebocoran yang tepat. Pam penyejuk untuk kolam telah ditutup buat sementara waktu sebagai sebahagian daripada penyiasatan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda