Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Ali XPDC dibawa ke hospital, alami sesak nafas akibat serangan anxiety

    Vokalis kumpulan XPDC iaitu Ali dikejarkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sekitar pukul pukul 11 pagi kelmarin akibat mengalami sesak nafas.

    Memetik laporan mStar, perkara tersebut dimaklumkan oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah yang kebetulan berkunjung ke rumah Ali untuk menghantar bantuan kerusi roda.

    “Kebetulan semasa ziarah, Ali menghadapi kesukaran bernafas dan segera bergegas menghantar dia ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    “Diharapkan semoga Ali terus kuat dan diberikan kesihatan seperti sediakala, InsyaAllah,” katanya.

    Borhan menulis perkara tersebut di laman Facebook rasmi beliau pada kelmarin.

    Menerusi gambar yang dimuat naik, Ali atau Mohd Ali Ismail, 56, terpaksa berjalan menggunakan kerusi roda sebelum menaiki sebuah kereta untuk ke hospital.

    Dalam sesi kunjungan tersebut, Borhan turut menyerahkan sebuah kerusi roda kepada penyanyi berkenaan di rumahnya yang terletak di Sepang.

    Sementara itu, isteri kepada Ali iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, memberitahu suaminya sudah beberapa hari mengalami masalah kesukaran bernafas.

    “Suami memang ada ‘anxiety’ dan mungkin sebab dia tengok ada ramai orang yang datang menziarahinya pagi tadi.

    “Doktor sudah beri ubat dan hasil pemeriksaan, jantungnya ada masalah sedikit dan paru-paru kanannya juga berair,” jelasnya.

    Ali mengalami masalah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas rebah secara tiba-tiba dan kemudian menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor ketika itu. – Agensi

    Ali XPDC semasa menerima bantuan kerusi roda. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...