Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alyssa Milano harap penonton terhibur dalam muzikal Chicago

    Alyssa Milano berharap dapat menarik perhatian penonton apabila dia membuat penampilan sulungnya di Broadway pada musim gugur ini dalam muzikal Chicago, sambil menambah popularitinya kepada persembahan yang menyerlahkan budaya selebriti.

    “Keindahan teater ialah awda dapat mencuba perkara baharu setiap malam,” katanya kepada The Associated Press. “Itulah yang saya suka ketika berlakon teater. Dan itulah yang saya harapkan dapat saya temui semula dalam pembikinan Chicago.”

    Milano, bekas bintang Who’s the Boss? dan Charmed, akan memegang watak Roxie Hart di Teater Ambassador bermula 16 September hingga 10 November.

    Bagi Milano, beraksi di pentas adalah kembali kepada asal usulnya. Dia pernah menyertai jelajah kebangsaan Annie pada usia lapan tahun dan dia kemudian membintangi Tender Offer arahan Wendy Wasserstein di Teater Studio Ensemble di luar Broadway dan All Night Long di Second Stage.

    Dia juga pernah terlibat dalam adaptasi muzikal Amerika pertama, Jane Eyre dan menghasilkan serta membintangi produksi Butterflies are Free di Los Angeles.

    Chicago mengisahkan Roxie, seorang suri rumah dan penari yang membunuh kekasih gelapnya selepas dia mengugut untuk meninggalkannya.

    Bagi mengelakkan hukuman, Roxie mengupah peguam jenayah Chicago yang paling licik untuk membantunya menipu orang ramai, media dan pesaing di sel penjaranya, Velma Kelly, dengan mencipta tajuk berita yang mengejutkan. – AP

    Milano muncul pada tayangan Maestro di Los Angeles pada 12 Disember 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda