Wednesday, November 13, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ambil kira penglibatan guru agama di masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, menyambut baik saranan Yang Berhormat Dr Haji Mahali bin Haji Momin di permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) petang tadi mengenai guru-guru agama terlibat dalam kegiatan-kegiatan di masjid dan penglibatan mereka akan dikira ke dalam penilaian prestasi sebagai guru.

    Dengan adanya penglibatan para guru dalam kegiatan-kegiatan di masjid adalah baik kerana ia dapat mentakmirkan lagi masjid dan mengimarahkannya.

    Menyentuh mengenai pentakmiran masjid ini, ia berkaitan dengan beberapa program yang dilaksanakan oleh pihak tertentu.

    Walau bagaimanapun, saranan berkenaan adalah terbuka kepada orang awam untuk menilainya, kerana ia perlu dinilai dengan sebaik mungkin.

    Seterusnya, Yang Berhormat Pehin juga membentangkan mengenai memperkasakan imam-imam dari semasa ke semasa di negara ini.

    Untuk memperkasa para imam di negara ini, adalah perlu dinilai sejauh mana keberkesanannya, maksud keberkesanan berkenaan adalah ia perlu dilihat daripada dalam tugas-tugasnya sebagai imam, memimpin jemaahnya yang bukan sahaja memimpin dalam solat lima waktu, memimpin jemaah ke arah menjadi pengerusi jawatankuasa takmir masjid yang sudah ditentukan oleh kerajaan.

    Yang Berhormat Dr Haji Mahali semasa memberikan saranan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda