Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amy Yang rampas kedudukan pendahulu

    SAMMAMISH, 23 JUN – Amy Yang mencatatkan 1 bawah 71 kelmarin untuk mendahului dua pukulan ke pusingan akhir Kejohanan PGA Wanita KPMG ketika dia memburu kemenangan utamanya yang pertama.

    Yang mencatatkan 7-bawah 209 di Sahalee Country Club, kekal konsisten di sekitar green di padang yang dikelilingi pokok di mana ketepatan dan ketelitian yang tinggi amat diperlukan.

    “Saya dibesarkan dengan menyaksikan begitu ramai pemain hebat pada masa lalu, dan saya melihat mereka memenangi semua kejuaraan utama,” kata Yang. “Saya mempunyai impian untuk bermain di sini kerana mereka. Saya bekerja keras untuk ini.

    “Ia amat bermakna, tetapi kami masih mempunyai 18 lubang lagi di luar sana dan apa-apa sahaja boleh terjadi dalam kejohanan utama.”

    Pemain Korea Selatan berusia 34 tahun itu mempunyai lima kemenangan Jelajah LPGA, yang terakhir pada November dalam Kejohanan Jelajah.

    Sementara itu, Lauren Hartlage dan Miyu Yamashita berkongsi tempat kedua dengan 5 bawah.

    Manakala, Sarah Schmelzel, pemain Amerika Syarikat yang berkongsi pendahuluan pusingan kedua dengan Yang, membuat 74 pukulan untuk jatuh kepada kedudukan keempat dengan 4 bawah.

    Pendahulu pusingan pertama, Lexi Thompson membuat 73 pukulan untuk turun ke kedudukan kelima dengan 3 bawah yang dikongsi bersama dengan Lilia Vu (68), Caroline Inglis (69), Jin Young (73) dan Hinako Shibuno (73). – AP

    Aksi Yang semasa pusingan ketiga Kejohanan PGA Wanita di Sahalee Country Club, pada 22 Jun di Sammamish, Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda