Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak gajah kedua dilahirkan dalam masa dua minggu

    FRESNO, 29 OGOS – Anak gajah kedua dalam tempoh dua minggu telah dilahirkan di sebuah zoo di California.

    Gajah Afrika bernama Amahle selamat melahirkan anak pada awal pagi Isnin, menurut Zoo Fresno Chaffee. Peristiwa itu berlaku 10 hari selepas ibunya, Nolwazi, melahirkan seekor lagi anak jantan.

    Penambahan baharu itu merupakan gajah pertama yang dilahirkan di zoo tersebut, kira-kira 240 kilometer tenggara San Francisco, yang telah memulakan program pembiakan gajah dengan harapan ia dapat dilihat oleh pengunjung zoo pada tahun-tahun akan datang.

    “Untuk mempunyai dua anak gajah yang sihat adalah satu peristiwa bersejarah,” kata Jon Forrest Dohlin, ketua eksekutif zoo itu, dalam satu kenyataan baru-baru ini. “Kami tidak sabar untuk orang ramai melihat penambahan baharu kepada kumpulan kami dan berkongsi kegembiraan kami.”

    Gajah-gajah ini dan anak-anaknya akan terus dipantau di belakang tabir buat masa ini, kata Dohlin. – AP

    Foto daripada Zoo Fresno Chaffee ini menunjukkan seekor anak gajah Afrika yang baharu lahir pada 26 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda