Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian akibat rebut tanah meningkat kepada 42

    PESHAWAR, 29 JULAI – Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan terkorban dalam perbalahan antara suku kaum di barat laut Pakistan, dengan pertempuran menggunakan senjata mesin dan mortar yang berlangsung selama beberapa hari, kata pegawai setempat, hari ini.

    Perbalahan antara keluarga sering berlaku di Pakistan, tetapi ia boleh menjadi lebih lama dan ganas di kawasan pergunungan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, di mana masyarakat mematuhi kod kehormatan suku kaum tradisional.

    Suku Sunni Muslim Madagi dan Syiah Mali Khel bertelagah sejak Rabu lalu apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan semasa majlis perundingan mengenai konflik tanah yang telah berlarutan selama beberapa dekad, menurut pegawai polis tempatan, Murtaza Hussain. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda