Friday, May 17, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI – Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini, ketika kerja menyelamat diteruskan.

    Hujan lebat menyebabkan jalan raya dari bandar Meizhou menuju ke daerah Dabu runtuh sekitar jam 2:10 pagi kelmarin, menurut agensi berita Xinhua.

    Kenderaan terbabas dalam lubang tarmak sepanjang hampir 18 meter dan terjunam ke bawah.

    Guangdong, sebuah pusat perindustrian utama yang padat dengan penduduk, telah dilanda siri bencana yang dikaitkan dengan kejadian cuaca ekstrem dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Ribut adalah jauh lebih kuat daripada yang dijangkakan pada tahun ini dan telah dikaitkan dengan perubahan iklim.

    Gambar udara dari agensi berita Xinhua menunjukkan penyelamat dan jengkaut bekerja di tapak bahagian lebuh raya yang runtuh di Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou, Wilayah Guangdong, selatan China. – AP

    China adalah pengeluar terbesar gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim tetapi telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan kepada sifar bersih menjelang 2060.

    “Wartawan difahamkan daripada sidang media yang diadakan oleh bandar Meizhou, Guangdong, bahawa bencana runtuhan lebuh raya telah mengakibat kematian 48 orang,” lapor Xinhua pada petang hari ini.

    Jumlah kematian meningkat daripada 36 orang pada pagi tadi.

    “Selain itu, terdapat tiga orang yang DNA mereka sedang menjalani perbandingan dan pengesahan lanjut,” kata Xinhua.

    Tidak jelas sama ada ketiga-tiga mangsa itu termasuk dalam jumlah 48 orang yang maut.

    Xinhua berkata 30 orang lagi cedera tetapi tidak serius. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...