Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Arbisyam FT bangkit julang kemenangan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Pasukan Arbisyam FT bangkit di babak kedua untuk memastikan kemenangan kedua menjadi milik mereka sekaligus mengalahkan pasukan PES dengan keputusan 2-1 di kejohanan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023.

    Di awal perlawanan, Awang Muhammad Hanis bin Haji Othman berjaya membolosi gawang pasukan Arbisyam FC di minit ke-18.

    Meskipun ketinggalan jaringan, pasukan Arbisyam berusaha gigih untuk terus menyamakan kedudukan namun asakan-asakan mereka gagal sehinggalah babak pertama berakhir.

    Babak kedua menyaksikan pertembungan semakin menarik dan Awang Muhammad Aminuddin Shah bin Haji Rosman bijak menggunakan kesempatan untuk menyamakan kedudukan menjadi seri 1-1 di minit ke-35.

    Manakala, Awang Mohammad Aznil bin Mohammad Ali kemudiannya menjadi wira buat pasukan Arbisyam apabila tangkas melakukan serangan susulan untuk memperdayakan penjaga gol PES di minit ke-37.

    Pasukan PES yang bertekad untuk mencari kemenangan sulung akhirnya hampa apabila gagal memperolehi sebarang jaringan ketika Arbisyam FT bijak memperkukuhkan benteng pertahanan mereka sehingga perlawanan berakhir.

    Aksi pemain Arbisyam FT dan PES cuba merebut bola. – Gambar serahan BFL
    Antara aksi perlawanan antara pasukan Arbisyam FT dan pasukan PES.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...