Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kalahkan Sudan Selatan, bola keranjang lelaki Sukan Olimpik

    VILLENEUVE-D’ASCQ, 1 OGOS – Amerika Syarikat (AS) mara ke suku akhir di Sukan Olimpik Paris apabila tewaskan Sudan Selatan 103-86 pada malam kelmarin.

    Bam Adebayo menjaringkan 18 mata dan Kevin Durant memperoleh 14 mata untuk AS, yang mengawal permainan dengan mata 25-4 pada separuh masa pertama.

    Dan diketuai oleh Adebayo, pasukan simpanan AS itu memperoleh 66 mata.

    “Kami sudah lama menggelarkan diri kami sebagai kumpulan bangku simpanan,” kata Adebayo. “Dan tidak kira siapa dalam barisan, kami nampaknya sentiasa berjaya memenangi perlawanan.”

    Anthony Edwards menjaringkan 13 mata dan LeBron James menambah 12 untuk AS. Sementara Nuni Omot yang mengetuai Sudan Selatan menjaringkan 21 mata, Carlik Jones menjaringkan 18 dan Bul Kuol menambah 16.

    Kemenangan itu mengunci tempat AS di pusingan kalah mati, mengesahkan kedudukan pertama daripada Kumpulan C dan akan menyertai Kanada, Perancis dan Jerman di suku akhir. Terdapat tujuh pasukan yang masih bersaing merebut empat tempat suku akhir yang lain.

    “Ia bukan matlamat,” kata penyerang AS, Anthony Davis mengenai mara ke suku akhir. “Ia memberikan kami rasa kepuasan setakat dapat bermain minggu depan. Tetapi ada banyak perkara yang kami boleh jadi lebih baik, banyak yang boleh kami bersihkan dan kami akan menggunakan perlawanan Sabtu menentang Puerto Rico untuk mengetatkan lagi ‘skru kami’ dan kemudian lihat ke mana ia membawa kami dari sana.” – AP

    Aksi Bam Adebayo (kanan) dalam permainan bola keranjang lelaki di Sukan Olimpik kelmarin di Villeneuve-d’Ascq, Perancis. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda