Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS setuju jual 36 helikopter Apache kepada Korea S

    WASHINGTON, 20 OGOS – Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah meluluskan penjualan 36 buah helikopter AH-64E Apache bernilai AS$3.5 bilion kepada Korea Selatan, termasuk peluru berpandu dan peralatan berkaitan.

    Menurut kenyataan Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), penjualan itu bertujuan meningkatkan keupayaan Korea Selatan untuk menghadapi ancaman semasa dan masa depan, dengan memperkukuh keupayaan pertahanan negara tersebut dalam menghadapi pelbagai ancaman.

    “Penjualan ini akan memperkukuh keselamatan sekutu utama yang memainkan peranan penting dalam kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di rantau Indo-Pasifik,” menurut kenyataan itu.

    Jabatan Negara AS telah meluluskan penjualan tersebut, dan DSCA kelmarin telah memaklumkan Kongres mengenai transaksi itu, yang masih memerlukan kelulusan akhir dari Kongres.

    Kontraktor utama untuk pelaksanaan perjanjian tersebut adalah Boeing dan Lockheed Martin, dua syarikat utama dalam industri pertahanan AS.

    Pengumuman itu adalah bertepatan dengan permulaan latihan ketenteraan bersama tahunan antara Washington dan Seoul, yang dikenali sebagai Ulchi Freedom Shield.

    Latihan yang berlangsung sehingga 29 Ogos itu melibatkan ribuan anggota tentera dan bertujuan mengekang ancaman nuklear dari Korea Utara. – AFP

    Sebuah helikopter AH-64 Apache milik Tentera Darat AS semasa mengambil bahagian dalam perarakan ketenteraan di Warsaw sempena Hari Tentera Poland pada 15 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda