Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    AS, Thailand mulakan latihan tentera ‘Cobra Gold’

    BANGKOK, 28 FEB – Amerika Syarikat dan Thailand hari ini memulakan latihan ‘Cobra Gold’ berskala penuh bagi meningkatkan kesalingoperasian ketenteraan di rantau ini.

    Dianjurkan bersama oleh Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF) dan Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USINDOPACOM), penganjuran kali ke-42 membabitkan 7,394 anggota dari 30 negara.

    Latihan ketenteraan itu diadakan di Rayong, Sa Kaeo, Chantaburi dan Lopburi antara 27 Februari hingga 10 Mac.

    Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawasdi dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Thailand Robert F Godec mempengerusikan majlis perasmian ‘Cobra Gold 2023’ di Pangkalan Udara Tentera Laut Diraja Thailand, Armada Udara Diraja Thai di Rayong pada Selasa.

    Komander Indo-Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana John Aquilino berkata latihan ketenteraan Cobra Gold akan mengukuhkan keupayaan merancang, menjalankan operasi gabungan dan operasi pengaman di semua domain.

    “Melalui Cobra Gold, kami menunjukkan keazaman untuk bertindak balas bersama-sama bagi memelihara Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka supaya semua negara dapat mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran,” katanya pada majlis perasmian hari ini. – Bernama

    Gambar serahan Angkatan Tentera Diraja Thailand menunjukkan Ketua Turus Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Chalermpol Sri-sawasdi berjabat tangan dengan Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana John Aquilino, semasa majlis pembukaan Latihan Cobra Gold 2023 di wilayah Rayong, Thailand, 28 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...