Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Aset tentera China dikesan dekati Taiwan

    TAIWAN, 19 JAN – Jabatan Pertahanan Taiwan hari ini berkata 16 pesawat dan tiga kapal tentera laut China dikesan dalam tempoh 24 jam berhampiran pulau yang dituntut oleh Beijing, lapor Sputnik.

    “Sebanyak 16 buah pesawat PLA dan tiga kapal tentera laut PLAN dikesan sekitar Taiwan 6 pagi hari ini,” kata jabatan itu, merujuk kepada aset tentera dan tentera laut negara itu. Empat daripada pesawat itu dikenal pasti sebagai pesawat pengebom Xian JH-7, dron peninjau BZK-007 dan dua jet pejuang Shenyang J-16.

    Jabatan itu memantau keadaan dan mengarahkan pesawat peronda udara tempur, kapal tentera, dan sistem peluru berpandu darat bersedia untuk bertindak balas terhadap aktiviti tersebut.

    Ketegangan antara China dan Taiwan, yang ditadbir secara bebas daripada tanah besar, memuncak selepas Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Nancy Pelosi melawat pulau itu pada Ogos.

    Beijing telah memberi amaran kepada kuasa-kuasa Barat agar kekal dengan pendirian menyokong polisi satu China bagi mengelak pemisahan Taiwan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...