Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia pulangkan puluhan pendatang ke Indonesia

    JAKARTA, 10 JULAI – Polis Indonesia hari ini berkata bahawa Australia telah menghantar pulang puluhan pendatang tanpa izin ke sebuah pulau terpencil di selatan negara itu selepas menahan kapal mereka di laut, menjadikannya sekurang-kurangnya kali kedua insiden seumpama itu berlaku tahun ini.

    Ketua Polis Pulau Rote, Mardiono, memberitahu AFP bahawa pendatang tersebut tiba bulan lalu dengan menaiki dua buah bot. Mereka mendakwa telah dipaksa menaiki kapal selepas kapal Australia menahan kapal kayu mereka.

    “Kami pada awalnya menerima laporan mengenai sebuah kapal yang terkandas. Selepas diperiksa, kami menemui sebuah bot diperbuat daripada aluminium, tanpa nama dan tanpa bendera,” katanya sambil menambah bahawa bot tersebut membawa 22 orang.

    Pada hari yang sama, polis menemui sebuah bot serupa yang membawa 22 orang lelaki yang terkandas di bahagian lain pulau itu.

    Mardiono berkata kebanyakan lelaki itu mengaku berasal dari Bangladesh, termasuk lapan Rohingya dari Myanmar. Mereka kini berada dalam tahanan di ibu pejabat polis tempatan.

    Beliau berkata mereka mendakwa telah menghabiskan masa tiga hari di laut sebelum ditahan oleh sebuah kapal Australia. Mereka juga mendakwa ditahan selama 18 hari sebelum dimasukkan ke atas dua bot dan diarahkan menuju ke Pulau Rote. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda