Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Badminton satukan rakyat Malaysia

    KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Tatkala pemain perseorangan lelaki profesional Malaysia, Lee Zii Jia menunjukkan isyarat senyap di bibirnya selepas menumpaskan wakil India, Lakshya Sen Isnin lepas, jutaan rakyat Malaysia menjerit kegirangan meraikan kejayaannya merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris.

    Sama ada di Porte de La Chapelle Arena di Paris sehinggalah di restoran mahupun pusat membeli belah di negara ini, kesemua rakyat tidak kira kaum, agama dan warna kulit teruja dengan detik manis dilakar bukan sahaja Zii Jia malah juara dunia beregu lelaki 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang turut menyumbang pingat gangsa di Paris 2024.

    Lebih menarik, terdapat penyokong kaum lain selain Melayu, yang sanggup ke Paris dengan mengenakan tanjak dan dihiasi dengan bendera serta warna Jalur Gemilang bagi memeriahkan suasana di venue badminton itu.

    Malah, ratusan peminat berkerumun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1, Sepang, semalam bagi menyambut kepulangan barisan pemain badminton Malaysia dari Perancis selain memberikan hadiah kepada idola kesayangan mereka.

    Keunikan dimiliki rakyat Malaysia dalam memberi sokongan padu kepada pemain badminton negara di Sukan Olimpik Paris 2024 membuktikan elemen perpaduan wujud dalam masyarakat berbilang kaum. – Bernama

    Lee Zii Jia disambut meriah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda