Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir Turkiye ragut satu nyawa

    ISTANBUL, 25 OGOS – Banjir akibat hujan lebat di tengah Turkiye telah membunuh seorang dan menyebabkan seorang lagi hilang, kata pihak berkuasa dan media.

    Mayat seorang pengembala berusia 52 tahun ditemui berhampiran bandar Kirsehir kira-kira empat kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang, menurut agensi berita DHA lewat kelmarin.

    Pasukan penyelamat membantu orang ramai yang terperangkap di rumah mereka selepas tanah runtuh di kawasan itu, tambah laporan tersebut. Gabenor wilayah Kayseri, Gokmen Cicek berkata di platform media sosial X bahawa seorang lagi masih hilang.

    Wilayah bersebelahan, Sivas juga telah dilanda banjir. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda