Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan kemanusiaan dijatuhkan dari udara

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dana daripada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 (TKP 2023) berjumlah AS$1,050,000 (dianggarkan $1,399,545) telah digunakan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk barangan ke Palestin secara air drop (payung terjun).

    Bantuan tersebut berupa paket makanan yang siap sedia untuk dimakan yang tahan lama dengan jumlah keseluruhan 5,920 paket.

    Setiap paket makanan mengandungi hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam untuk seorang.

    Negara Brunei Darussalam telah selamat membuat penghantaran pertama kelmarin (13 Mac) yang merangkumi dua kali air drop dan ia telah dilaksanakan dengan menggunakan pesawat tentera udara Jordan.

    Air drop berkenaan telah disasarkan pada persisiran pantai di utara Gaza yang menempatkan ribuan rakyat Palestin yang terperangkap di kawasan tersebut.

    Acara penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Lapangan Terbang Tentera King Abdullah lI dan dihadiri oleh pihak Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Amman, Jordan dan pihak kerajaan Hashimiyah Jordan.

    Sementara itu, pelaksanaan dua air drop selanjutnya dijadualkan secara berasingan pada sebelah petang hari ini dan esok di tempat yang sama.

    Kesemua kotak bantuan telah dilekatkan dengan bendera Negara Brunei Darussalam dan Jordan serta perkataan ‘Humanitarian food relief from the people of Brunei Darussalam’. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
    Bantuan Negara Brunei Darussalam dihantar secara air drop di persisiran pantai di utara Gaza. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
    Bantuan Negara Brunei Darussalam berupa paket makanan yang siap sedia untuk dimakan yang tahan lama. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda