Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terbalik ragut 28 nyawa di Iran

    TEHRAN, IRAN, 21 OGOS – Sebuah bas yang membawa penumpang dari Pakistan ke Iraq terbabit dalam kemalangan di tengah Iran, mengorbankan sekurang-kurangnya 28
    orang, kata seorang pegawai hari ini.

    Kemalangan berlaku malam tadi di wilayah Yazd, tengah Iran, kata Mohammad Ali Malekzadeh, seorang pegawai kecemasan tempatan, menurut agensi berita IRNA yang dikendalikan kerajaan.

    Seramai 23 orang lagi mengalami kecederaan dalam nahas itu, 14 daripadanya parah, tambahnya. Beliau berkata semua penumpang bas itu berasal dari Pakistan.

    Terdapat 51 orang dalam bas ketika nahas di luar bandar Taft, kira-kira 500 kilometer di tenggara ibu negara Iran, Tehran.

    Televisyen kerajaan Iran kemudiannya menyiarkan imej bas itu, terbalik di atas lebuh raya dengan bumbungnya pecah dan semua pintunya terbuka.

    Anggota penyelamat melangkah berhati-hati melalui kaca pecah dan serpihan bertaburan di jalan raya.

    Dalam laporan TV kerajaan, Malekzadeh berkata kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek bas dan kecuaian pemandu.

    Di Pakistan, pihak berkuasa menyifatkan mereka yang menaiki bas itu datang dari bandar Larkana di wilayah selatan Pakistan, Sindh.

    Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berkata beliau ‘amat sedih’ dengan nahas itu dan diplomat sedang memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas. – AP

    Imej daripada video yang dikeluarkan oleh televisyen negara Iran menunjukkan kemalangan bas berhampiran Taft, Iran, awal kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda