Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    BBC minta Twitter padam label media dibiayai kerajaan

    MOSCOW, 10 APRIL – BBC kini sedang berunding dengan Twitter untuk memadam labelnya sebagai media yang dibiayai kerajaan daripada rangkaian sosial itu, lapor Sputnik memetik laporan CNN.

    Akaun Twitter BBC yang mempunyai 2.2 juta pengikut kini dilabel sebagai media yang dibiayai kerajaan, tidak seperti akaun Twitter BBC lain, termasuk BBC News World yang mempunyai hampir 40 juta pengikut dan BBC Breaking News lebih 51 juta pengikut, tidak memiliki label sedemikian.

    Menurut CNN, Twitter mentakrifkan media kerajaan sebagai kerajaan mempunyai kawalan terhadap kandungan editorial melalui sumber kewangan, tekanan politik langsung atau tidak langsung, serta kawalan ke atas pe-ngeluaran dan pengedaran.

    “Kami sedang berbincang dengan Twitter untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

    BBC adalah, dan sentiasa bebas. Kami dibiayai oleh rakyat British melalui yuran pelesenan,” menurut BBC kepada CNN, kelmarin.

    Sementara itu, kerajaan United Kingdom (UK) pada Mac memperuntukkan AS$25 juta kepada BBC sebagai sebahagian daripada Penyegaran Kajian Bersepadu untuk menyokong penyiaran berbahasa Inggeris dan membanteras maklumat salah berlatarbelakangkan peristiwa 2022, khususnya krisis Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...