Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDARA lancar Special Event Station V84SPU

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) telah mengadakan Majlis Pelancaran Special Event Station V84SPU yang berlangsung di rumah kediaman Yang Di-Pertua BDARA, Kampung Terunjing, Kampung Lambak, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pembukaan rasmi Special Event Station V84SPU ialah Penasihat BDARA, Pengiran Dr Haris bin Pengiran Haji Duraman.

    Pelancaran Special Event Station V84SPU ialah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Pengiran Dr Haris dan para peserta bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BDARA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda