Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    ‘Beatles’ IS ditahan reman selepas dibicarakan

    LONDON, 11 OGOS – Seorang lelaki Britain yang dituduh terlibat dalam sel penculikan dan pembunuhan Kumpulan Islamic State (IS) dikenali sebagai ‘Beatles’ telah ditahan reman hari ini atas tuduhan keganasan selepas Turkiye menghantarnya ke United Kingdom (UK).

    Aine Davis, 38, dipercayai anggota sel IS yang menahan puluhan tebusan asing di Syria antara tahun 2012 dan 2015 dan dikenali oleh tawanan mereka sebagai ‘Beatles’ kerana loghat British mereka.

    Dua daripada empat kumpulan itu telah pun dibicarakan di Amerika Syarikat kerana didakwa terlibat dalam pemenggalan kepala dan pembunuhan yang mengerikan beberapa tawanan Amerika, manakala seorang lagi daripada kuartet itu meninggal dunia di Syria.

    Polis Britain menangkap Davis selepas dia dihantar pulang oleh pihak berkuasa Turkiye dan mendarat di lapangan terbang Luton dekat London lewat kelmarin.

    Dia berdepan tiga pertuduhan di bawah undang-undang keganasan UK, dua berkaitan dengan pengumpulan dana keganasan pada 2014 dan satu berkaitan memiliki senjata api.

    Muncul di mahkamah majistret London dan diiringi oleh dua pegawai polis hari ini, Davis – berjanggut pendek dan berbaju-T kelabu – bercakap hanya untuk mengesahkan namanya dan tidak mempunyai tempat tinggal tetap.

    Peguamnya mengesah-kan dia tidak akan membuat pengakuan atau mendapatkan jaminan pada peringkat ini. – AFP

    Lakaran artis oleh Elizabeth Cook menunjukkan Aine Leslie Davis, 38 tahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI - Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu. Suhu...