Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rawatan gigi, tiada kompromi bagi pihak tak bertauliah

    KUALA LUMPUR, 11 OGOS – Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

    Beliau berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada kes atau tempat yang menawarkan perkhidmatan tanpa doktor gigi bertauliah wujud.

    “Doktor pergigian yang tiada kelayakan, tanpa pendaftaran kita akan ambil tindakan, memang tiada kompromi dalam hal ini kerana apa sahaja perkhidmatan kesihatan pergigian mesti diberi oleh doktor pergigian yang layak,” katanya kepada pemberita selepas Program Beauty and Health di sini hari ini. 

    Khairy ditanya mengenai kewujudan pusat kecantikan yang menawarkan rawatan pergigian tidak berdaftar di negara ini. 

    Beliau turut memaklumkan satu sesi libat urus akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna susulan rayuan penggiat industri kecantikan supaya membenarkan beberapa prosedur perkhidmatan termasuk rawatan laser dikendalikan oleh pakar kecantikan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...