Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat sokong atlet renang negara

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bagi memberikan sokongan kepada atlet renang negara, Zeke Chan bertempat di Paris La Defense Arena.

    Perlawanan pertama bagi kontinjen negara dalam acara sukan renang bermula kelmarin.

    Zeke Chan bertanding dalam acara 100 Meter (m) Kuak Lentang Lelaki. Dalam acara tersebut, Zeke gagal mara ke pusingan seterusnya dengan mendapat tempat ke-45 daripada 46 peserta dalam heat 1 daripada enam heats. Zeke juga gagal memecahkan rekod peribadinya atau rekod kebangsaan iaitu 59.61 saat (s) di Sukan Olimpik
    tersebut dengan hanya mencatatkan masa 1:00.39s.

    Menurut ulasan jurulatih Zeke Chan menyatakan bahawa dia telah menjalani latihan di kelab Singapura sejak 16 Jun hingga 17 Julai dan kembali ke Brunei untuk latihan pra perlumbaan.

    Tujuan utama latihan pra perlumbaan pada 10 hari terakhir sebelum pertandingan itu adalah untuk mengekalkan keupayaan latihannya dan menyesuaikan fungsi fizikal serta kelajuan pergerakan teknikal.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan bergambar ramai dengan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi dan rombongan Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam semasa berangkat ke Majlis Santap Malam. – GAMBAR SERAHAN BDNOC
    Zeke Chan semasa mengikuti pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN BDNOC
    GAMBAR SERAHAN BDNOC

    Daripada statistik video, beliau telah memainkan peranannya untuk bersaing dengan atlet-atlet yang lain. Ia merupakan sukan khas dengan banyak cabaran dari segi fizikal dan tiada jaminan sistematik di samping memerlukan latihan yang berterusan.

    Dalam pada itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam di Kediaman Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Perancis, Puan Yang Terutama Hajah Rakiah binti Haji Abdul Hamid.

    Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad serta rombongan; Chef de Mission Negara Brunei Darussalam, Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, pegawai urus setia, dan rombongan BDNOC.

    Sementara itu, Yang Berhormat Dato turut berkesempatan meluangkan masa bertemu dengan ketiga-tiga atlet negara dan juga berpeluang bagi meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan di Perkampungan Olimpik Paris.

    Dalam kesempatan itu juga, kontinjen negara telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan. Manakala itu, atlet-atlet yang belum bertanding iaitu Awang Mohd Firdaus Ar-Rasyid dan Hayley Wong sedang giat meneruskan latihan-latihan mereka seperti biasa.

    Setakat ini, Jepun telah mendahului pungutan pingat dengan tujuh pingat (empat emas, dua perak, satu gangsa) diikuti oleh Australia dengan enam pingat (empat emas, dua perak) dan Amerika Syarikat dengan 12 pingat (tiga emas, enam perak, tiga gangsa).

    Manakala negara tuan rumah Perancis pada kedudukan keempat dengan lapan pingat (tiga emas, tiga perak, dua gangsa).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda