Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap utusan UK

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, berkenan menerima mengadap Perutusan Perdagangan United Kingdom (UK) ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mark Garnier di Qashr Al-Meezaan.

    Turut hadir semasa majlis mengadap berkenaan ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Semasa majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia dan TYT Mark Garnier antara lain membincangkan mengenai peningkatan kerjasama dua hala antara Brunei dan UK, termasuk dalam bidang ekonomi, pelaburan dan perdagangan serta sokongan kerajaan UK dalam membantu Brunei mencapai sasaran perubahan iklim dan usaha mempelbagaikan ekonomi negara.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berkenan menerima mengadap TYT Mark Garnier di Qashr Al-Meezaan, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...